Sunday, January 2, 2011

hello 2011...bye 2010

salam

apa korang punya azam tahun baru?ubah sikap?ada hobi baru?boyfriend baru?whatever your azam aku harap korang melaksanakan dalam tahun ni.aku sendiri pun ada azam errrr yang lama untuk diteruskan.aku harap aku akan mengurangkan aktiviti tidur di atas katil mahupun di dalam kelas.ok.aku mengaku ni adalah azam aku tahun lepas yang tak dapat aku laksanakan sebab errr aku pun tak tau sebab apa.

2010 membawa seribu satu cerita untuk seorang insan yang bernama nabilah binti mohd ramlan.suka duka dalam menjalani kehidupan seharian untuk menjadi seorang student nurse,seorang anak,seorang kakak dan juga sebagai seorang adik.sebagai seorang girlfriend?maybe belum tiba lagi saat tu.maybe 2011 akan membawa aku ke status itu.hahaha.ok gedik gile ayat ko ni.tapi setiap hari yang berlalu dalam 2010 ni membawa pelbagai episod dalam hidup aku.ketawa aku,menangis aku semua akan ku simpan dalam kotak memori aku or kotak blog aku untuk aku terus mengingati.

2011 aku mengharap akan membawa sinar baru kepada kehidupan aku.aku mengharap kehidupan yang lagi baik daripada tahun lepas.aku juga mengharap tahun ni akan membawa lebih kematangan dalam hidup aku.yes im going to be 20 this year.yup aku dah tue dah.tapi tua membawa erti lebih pengalaman.aku harap aku dapat melalui hari-hari mendatang dengan lebih tenang,lebih relaks, dengan pengalaman sepanjang 19 yang aku ada.aku akan cuba menjadikan 2011 tahun yang terbaik untuk aku dan mengharap 2011 dan tahun-tahun akan mendatang akan menjadi the best life yang aku akan lalui.

so apa korang punya azam and cita-cita untuk tahun baru?

No comments:

Post a Comment