Tuesday, October 18, 2011

saya nabilah ramlan.saya berumur 20 tahun 1 bulan

assalamualaikum...

nama saya NABILAH BINTI MOHD RAMLAN.saya berasal dari TERENGGANU.sekarang saya belajar dekat PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA(PPUM) atau dalam bahasa englishnya adalah UNIVERSITY MALAYA MEDICAL CENTRE(UMMC).pada hari ni 17/10/2011 maka genaplah umur aku sebanyak 20 tahun 1bulan.


thanks to ecah,miera,enil,izza,wanie,anis,pah and huda for the wishes!!!


haaaa...itulah serba sikit pasal diri aku.amacam??? ada sama tak macam time korang memperkenalkan diri on the first day of school??? hahaha.anyway aku buat entri ni bukan dengan niat nak begitau korang biodata tentang diri aku.sebenarnya aku buat entri special ni untuk bagitau dekat kawan kawan aku yang wish and bagi hadiah terima kasih banyak banyak.jasamu serta hadiah korang akan aku ingat sampai mati.bak kata izza and ainil kalau hadiah tu pecah maka putuslah hubungan kitaorang.

bukan aku nak menunjuk kat korang korang yang aku dapat hadiah time bufday hari tu, cuma kan orang selalu cakap yang blog adalah diari hidup.so sebagai sebuah diari tugas blog adalah wajib untuk menyimpan kenangan kenangan indah yang aku dapat sepanjang aku hidup atas bumi ni.so menyambut and menerima hadiah sewaktu hari ulang tahun bagi aku adalah satu moment yang very special untuk aku


the presents!!!

daripada AINIL YAQIN ZAMRI aku dapat sebuah frame yang tertulis friends di atas tuh,NURUL IZZA MAT DALI aku dapat mug yang tertulis burb,daripada si NURUL SHAZANIDA HISYAM aku dapat cupcake yang dibuat sendiri oleh tuan punya badan (aku tak tau betul ke tidak si miera yang buat) and disebabkan dia buat cupcake maka aku sudah makan itu cupcake and aku takde gambar cupcake tersebut, from budak moscow aku dapat sekotak ferrero rocher and last but not least daripada SITI NORAISYAH BAHARUDIN aku dapat coklat and phone keychain yang berbentuk bear.aku juga dapat birthday card dari kawan kawan aku walaupun aku tau sebenarnya si ecah yang banyak contribute untuk kad tuh.tq for these people for your present.juga terima kasih kepada mereka yang mengwish aku on that day (apa punya bahasa la yang aku pakai nih...aiyaa)

juga to my family.to mi thanks sebab besarkan kakak sepanjang 20 tahun kakak hidup,along yang banyak bagi bantuan ketika diperlukan,juga si tembang and nad yang bising bango sokmo.and tak lupa to nama di belakang nama aku MOHD RAMLAN.hanya TUHAN saja yang tau how thankful i am to you (tetiba mood bertukar menjadi sedih).hahaha

untuk korang,



p/s: ecah apsal ko punya present sama dengan budak moscow? pakat erk? hahaha
p/s:amik ko sampai dua p/s aku buat.menanti present from JULIANA TAJUDDIN and AMALINA AZMI.haha

Tuesday, October 11, 2011

my journey!!!

assalamualaikum,,,



for almost 2 months i didn`t update my blog and for that i`m sincerely apologise.bukan tak nak update tapi apabila busy bertambah dengan malas maka 2 bulan tidak menulis adalah result hasil daripada campuran itu.eh apa yang aku duk merepak ni? lupakan je la apa yang aku tulis di atas ni.ucapan sebenarnya adalah aku minta maaf kepada orang orang yang baca blog aku and tertunggu next entri aku. (ada ke orang orang ni...hahaha)


jadi student nurse memang stress!!! believe in me. 


for your information aku sebenarnya dah masuk dalam musim praktikal.yes!!! musim praktikal.musim di mana aku masuk ke wad wad yang berlainan for a few weeks untuk belajar and mengaplikasikan apa yang aku belajar dalam kelas teori to the real patient



setelah 2 bulan aku dah pergi ke geriatric ward ( wad untuk patient patient yang ber umur 60 ke atas) , eye ward (wad untuk patients yang ada masalah with their eyes) , and PKM (perawatan kepada masyarakat kot...aku tak surela PKM ni stand for what...hihi) .


just took this one from this girl punyer FB...
Ya Allah jauhkan la aku daripada menjadi anak anak sebegini...amin


aku berada dalam wad geriatric tu 2 minggu.2 minggu tu macam macam la yang aku belajar,and dekat situ juga aku banyak tengok realiti kehidupan insan yang bernama warga emas.ada warga emas ni yang anak anaknya ni orang kaya kaya tapi disebabkan masa untuk kumpulkan duit lagi banyak daripada masa untuk melawat / menjaga their old man maka ramailah warga warga emas ni yang duduk kat nursing home,ada juga anak anak yang sanggup berhenti kerja / ambil cuti tanpa gaji semata mata untuk menjaga their old man. (how i wish that i can be this kind of daughter to my own mother.InsyaAllah...) ,ada juga husband or wife yang tak tinggalkan their spouse semata mata untuk menjaga pasangan masing masing.apabila ditanya `kenapa tak balik berehat then baru datang balik jawab mereka kalau makcik / pakcik balik sape yang nak menjaga pakcik / makcik ko nih? bukan makcik tak percaya dekat misi misi sini cuma yelah orang tua kadang kadang banyak kerenah.makcik taknak la pakcik menyusahkan korang semua.
alahai sungguh baik hati makcik / pakcik ni.tapi seriously duduk kat ward ni aku boleh nampak realiti kehidupan luar dunia sekarang nih.


wad mata memang takde kerja!!!


after went to geriatric ward aku ke wad mata.actually dekat wad mata takde la banyak sangat pengalaman yang aku dapat tapi banyak yang aku belajar dari sana.staffnurse dekat sana banyak sangat bagi ajaran yang sangat sangat berguna untuk aku yang bakal amik exam final end of this year.wad mata ni takdela busy sangat macam wad geriatric malah tersangat la takde kerja berbanding the other ward yang aku pernah pergi.



mereka insan yang sangat kool!!!


and lastly aku ke PKM selama 3 minggu.PKM ni aku tak posting dekat wad.aku ke Klinik Kesihatan Batu Arang.pergh...dia punya perjalanan nak ke sana dah macam naik roller coaster selama sejam dah.tapi yang terbaik about Batu Arang adalah harga makanan dia sangat sangat murah.like oh mai god...murah giler!!! ko boleh bawak 5 ringgit sehari then ko boleh makan lunch plus jajan time petang.sangat sangat murah.selain tu,being with my group buatkan aku rasa macam sekawan yang pergi kelas mengaji time petang petang.ko tau tak pergi mengaji then petang balik ajak kawan jom pergi beli aiskrim 1 malaysia kat kedai 1 malaysia.then dapat aiskrin terus kayuh basikal then lepak tepi parit.ok fine!!! kitaorang tak la buat macam tuh tapi perasaan is like the same u know.sangat sangat best.nak pergi lagi Batu Arang with my group

sekarang ni aku tengah dalam minggu praktik and study week special bersama pengetua pn Sharifah aka cik Pah.next aku akan pergi ke Ginekology ward (wad sakit puan) , psyciatric ward (ward pesakit mental and ward yang aku akan buat case study...wish me the best!!!) and lastly aku akan ke ENT ward (wad telinga,hidung and kerongkong) before aku akan amik my final. pray that my posting journey will run smoothly and aku akan dapat keputusan yang baik untuk final exam...Amin...

p/s:aku tak tau bila akan tulis next entry...harap anda akan bersabar bersama saya (apa ke skema bebeno ayat aku nih??? arghhh)

Tuesday, August 9, 2011

perempuan adalah gedik ???

assalamualaikum

tajuk aku hari ni macam nak kena hentam dengan persatuan perempuan perempuan sedunia kan? haha. anyway aku nak tanya korang, pernah tak korang dengar perkataan gila copong? well gila copong adalah title yang digunakan untuk someone yang teramatlah suka bercakap menggunakan microphone.well, aku pun tak pernah dengar perkataan gila copong tu until time aku orientasi 3 years back time aku orientasi, one of my fasilator told me the meaning of gila copong

 datuk siti nurhaliza bukan gila copong, memang da keja dia pegang microphone

well untuk pengetahuan korang kelas aku adalah dalan bentuk dewan kuliah macam yang korang tengok dalam TV tuh.dan kelas aku tersangat la besar dan penghuninya pun sangat ramai sampai kitaorang terpaksa menambah kerusi di belakang sekali untuk memenuhi keperluan batch aku.oleh sebab kelas terlalu besar dan ramai maka puan puan terpaksa la menggunakan microphone untuk mengajar kitaorang.sebab kalau dia tak guna microphone tuh alamatnya hanya 2 baris di hadapan jer la yang dapat belajar.yang lain buat ape? of course la tido study sendiri.

tapi apabila puan puan keluar dari kelas microphone tuh digunakan oleh certain persons untuk buat announcement and all important things like panggil orang untuk sign kedatangan and all of that.tapi yang aku tak faham kenapa kena ada insan insan yang menggunakan microphone tu dengan tujuan untuk menggedik.masalahnya yang menggedik menggunakan microphone tuh adalah perempuan.yes IT A GIRLS

 heliza helmi ni lemah lembut

aku pun tak faham kenapa perempuan harus menjadi orang yang menggedik or dalam bahasa hati aku adalah mencari populariti.hello!!! korang kan hot and cantik cantik semua kenapa korang perlu mencari populariti dengan menggedik? korang tau tak dengan perangai perangai korang yang camtuh takder la budak laki yang syok kat korang.cuba la korang jadi lemah lembut macam aku fatin liyana ker hanis zalikha ke, heliza helmi ker barulah mereka mereka ni terpikat tengok korang.

aku tak maksudkan budak kelas aku semata mata.aku juga menulis berdasarkan pengalaman aku sepanjang aku keluar window shopping di Mid Valley.perlu ker korang berjalan dengan pakwe korang rapat rapat sampai orang belakang dah tak boleh nampak laluan tengah antara korang.maybe bagi some person itu bukan gedik itu manja,tapi bagi aku itu gedik.kalau ko nak bermanja pun buat la cara lain.kepit kepit camtu manja ker??? euwwwwww (menggunakan cara si kechik ni berposing tangan di dada and mata haruslah di rollingkan ke atas) . haha

tapi aku tau yang bukan semua perempuan gedik camtuh.ada juga perempuan yang sempoi and yes masih lagi exist perempuan yang ala ala perempuan melayu terakhir.as a bukti, kawan kawan aku masih ramai lagi yang sempoi and kool.so bagi aku aku perangai gedik tu bukan la something yang ko langsung tak boleh nak ubah.korang boleh ubah kalau korang nak.so please la.tolong la ubah perangai gedik ko supaya orang tak makin menyampah tengok korang.

p/s: aku adalah microphobia iaitu orang yang phobia dengan microphone.sebab tuh aku jarang pegang microphone (unless terpaksa) dan aku juga jarang berkaraoke disebabkan kephobiaan aku. :)


Monday, August 8, 2011

saya kembali !!!

assalamualaikum

its been a month since i left this lovely *ehem...ehem* blog.well korang tak leh marahkan aku sebab dah lama tak update blog.ni semua salah puan puan yang ada kat kolej aku sebab bagi banyak sangat esemen then exam for 3 weeks in a row.ok fine!!! tu fitnah...aku sebenarnya yang malas nak update blog ni.bukan apa bila aku nak tulis jer mesti aku akan ader masalah thought blocked.hihi... da macam schizo lak aku nih.huahuahua

 yeay!!! kembali ke PPUM *sumpah aku tak happy*

well as korang semua tahu,aku da kembali ke dunia PPUM aku daa...and aku juga ada title baru.bukan lagi sebagai kak ngah tapi dah jadi kak long dah.aku dah ada super junior sori sori sori da.hahaha.saja nak menulis sebab aku nak berlagak especially to juliana tajudin and amalina azmi.huhu.

well dengan result last aku yang erm (malas nak cakap) aku mengheret kaki aku nih kembali balik ke PPUM.and yes setelah penat aku mengangkat barang barang aku yang banyak gila tuh dengan harapan aku akan tukar bilik last last kena stay bilik sama.adoyai.buat penat je aku angkut barang berat berat siap terpaksa suruh abang ipor  angkat kotak naik ke rumah diaorang last last dapat bilik sama gak.kalau aku tau dapat bilik sama sah sah aku tinggal jer novel novel aku yang berlambak tu.


yeay!!! hepi kembali bersama the KD 26 yang paling KOOL!!! *yang ni tak tipu*

and permulaan semester ni agak sedih sikit sebab we lost 2 person from our batch.dua dua boys lak tuh.makin sikit la budak budal laki lam kelas aku.dah la diaorang memamg sejak azali sem 1 memang sikit.huhu.tapi nak buat camner da memang ditetapkan bukan rezeki diaorang dalam bidang nursing ni.

well...untuk pengetahuan korang semester ni aku cuma ada 3 subjek jer yang perlu dipelajari.even hanya 3 subjek tapi ketika study, subjek subjek ini haruslah menjadi seperti aku study untuk 12 subjek.semester ni aku study pasal community health nursing (PKM), psychology (PSY) and also eyes,ears,nose and throat (EENT).eyes,ears,nose and throat tuh adalah satu subjek aje ya kawan kawan.sekarang korang nampak tak kenapa aku kata time study subjek subjek ni akan menjadi berganda ganda dari jumlah yang sebenarnya.nampak tak?!

P/s: azam semester kali nih still sama dengan azam last sem yang tak dapat ditunaikan...azam TAK NAK TIDO DALAM KELAS. tapi first day masuk kelas pun da tido.nak buat macam mana?






Friday, July 1, 2011

merah putih vs merah hitam

assalamualaikum

2 minggu yang lepas,kolej aku kolej UMMC adakan annual dinner or lebih dikenali as malam graduan among us untuk meraikan super senior yang dah abis study.so for this year punyer annual dinner temanya adalah merah putih.bak kata iklan annual dinner gorgeous as red pure as white.nice right?

curi picca iklan daripada cik fatin comel

nak tulis banyak banyak tak boleh sebab aku dah mengantuk tahap nak tido.so aku just upload jer la my picca sepanjang annual dinner tersebut khas untuk anda menengok kegedikan aku bergambar.haha

 tema annual dinner merah putih
aku pakai merah hitam
mereka sibuk bersiap
aku sibuk bergambar
 merah putih vs merah hitam
 nabilah ramlan
with ama
meminjam selendang,belt,skirt and beg hitam
daripada cik nurhana!!!
 najwa yang nampak suci with white baju kurung
dah boleh nikah da
 cik mek molek yang gilakan showdown 2011
 ecah juga menepati tema
apakah hanya aku yang lari dari tema?








tidak nampaknya
with syamil yang juga lari dari tema
baru perasan yang kitaorang having almost same height. ehem
 harus bergambar bersama atira hebat sambil jeles tengok cara dia pakai selendang!!!
hebat dari segi ketinggian
 seperti tiera melihat aku
tengok ker nak cium?
 rumate qimie
harus juga bergambar bersama
with ainil
yang senyum sokmo!
 qimie,tiera,nabil
kelihatan aku hampir sama tinggi dengan tiera.bangga!
 qimie,tiera,ziera and gorgeous me
diaorang semua terlibat untuk annual dinner
aku jer yang tak
 showdown girl...again
 with ummu
yang nampak gorgeous with red and pure with white
 with wafaa
yang turut berlari meninggalkan tema merah putih
 with kak cheery
one of my senior buddy
 with syafikah aka pikah
turut mengikut tema yang ditetapkan
 with wa
photographer of the night
with si en
nampak comel (aku or die? jawapan di tangan anda)
with siang wei
pemalu but hot at that night (kenyataan untuk siang wei bukan aku)
 with nancy
even aku pakai heels tapi ketinggian jelas kelihatan jaraknya
 kak tira
mc pada malam tersebut
 with shida
dia yang aturkan semua acara pada malam tersebut
plus dia adalah director for magika the musical and choreographer for tarian nirmala
 with fatin yang sangat sangat cantek at that night
lihat betapa berbezanya baju kami
 with hanis
one of the actress for magika the musical
dia pegang watak as kakak malik (da lupa nama watak itu)
 shida,ziera,tiera,cik hana and me
semua mengikut tema except me :(
 sarah and faiz
mereka adalah pasangan yang paling hot dengan membawakan tema bollywood
da macam kajol and shah rukh khan aku melihat mereka
 with poh reen
2 orang si specky yang comel (ehem...ehem)
 with cik wan nurul atiqah
si gila yang sangat cantik at that night
and geng with me sebab tak ikut tema
 cik hana again
selalu menumpang tengok tv di biliknya
especially on wednesday night
isyaira aida
yang pakai merah putih


so far hanya ni saja yang aku sempat ambik at that night.aku rasa macam banyak jer lagi picca tapi maybe from other people punya camera.malam tu ramai gila yang pakai ikut tema tapi ramai juga yang pakai tak ikut tema contohnya saya.makanan yang disediakan adalah nasi beriyani tapi aku tak makan banyak sebab aku duduk with the boys so terpaksa makan sedikit sebab mereka makan banyak.ada persembahan yang disediakan untuk para jemputan.our batch buat magika the musical and tarian nirmala.seperti biasa shida adalah director muda dan juga choreographer.tiera adalah orang yang sangat sangat bizi malam tu sebab sibuk mencari orang yang menang lucky draw dan macam biasa aku tak pernah menang lucky draw sebab tak cukup lucky.

p/s : baru perasan banyak gambar dengan kepala yang ditelengkan ke tepi.adakah itu penyakit atau saja nak buat gedik?

Wednesday, June 22, 2011

Alhamdulillah darab tiga

assalamualaikum,



hanya Alhamdulillah sahaja yang aku mampu katakan or lebih tepat tulis dekat sini sebab aku rasa for past two weeks ni banyak benda benda yang baik happen to me.its just awesome to having all these rahmat from Allah S.W.T.kenapa? apa yang ko dapat? mai sini ceq nak habaq dekat hangpa suma

1. Alhamdulillah sebab result dah keluar



ini adalah sebab pertama why i am saying Alhamdulilah because i was passed for my final exam for my fourth semester.21 Hb after bangun lebey krang pukul ehem (takyah sebut la...buat malu jer) aku baca mesej daripada tiera cakap ko dpt bape result aku lulus.Alhamdulillah.then aku baru terfikir hari ni keluar result ker bukan esok ker.maka dengan pantas aku ambik phone aku untuk call Pn Uma Rani (my mentor) sebab biasanya kalau result aku dah keluar dia akan checkkan untuk aku.tapi hari tuh dia tak angkat la pulak.so dengan kadar yang segera menuju ke laptop untuk online sebab nak check result through portal.tunggu punya tunggu lambat la pulak line broadband kat Terengganu nih so tengok result aku Alhamdulillah aku lulus.bersyukur sangat sangat.berapa aku dapat tak perlu kot aku tunjukkan kat korang sebab rendah jer pointer aku and i am not in dean list.nanti kalau aku dapat dean list baru aku tunjuk kat korang.tapi ramai jugak batch aku yang dapat senarai dekan.42 orang daripada 183.hebat tak mereka mereka nih? aku rasa diaorang hebat sebab nak dapat senarai dekan dekat PPUM ni bukan senang.ko punya pointer harus and wajib 3.7 and above.amik ko 3.7 kot.tapi walaupun aku tak termasuk dalam senarai 42 orang tuh aku still bersyukur sebab aku lulus exam ni and dapat enjoy my holiday dengan aman dan damai.

2.Alhamdulillah sebab aku dah berjaya kosongkan bilik


separuh daripada barangs barangs aku

ni lagi satu sebab aku bersyukur sangat sangat.bukan apa,barang aku especially buku and nota nota lama tersangat la berat.so dengan bantuan tiera,ecah and my along tak lupa juga kepada diri sendiri aku akhirnya berjaya keluarkan barang barang aku daripada bilik aku ke kereta kakak aku yang terletak di luar asrama.dah la berat aku punya bilik tingkat 4 lak tuh.korang bayangkan la macam mana kuasa kitaorang angkat semua kotak kotak tuh then angkut dalam kereta.hahaha.thanks to TIERA,ECAH and ALONG dan juga diri sendiri

3.Alhamdulillah sebab berjaya sampai ke rumah
picture taken from tiera

sebab terakhir aku bersyukur kerana aku finally sampai ke rumah.bukan aku tak pernah balik rumah,tapi kali ni banyak sikit halangannya.even kitaorang habis exam awal,kitaorang terpaksa stay dalam asrama for another 1 minggu sebagai persiapan untuk malam graduan.tapi tu untuk orang yang terlibat dengan malam graduan la.mereka mereka yang langsung tak terlibat macam aku ni duduk la dalam bilik fikir esok aku nak korek mana duit nak makan.totally loser giler aku rasa time tuh.plus aku kena ganti kerja a day after malam graduan tu,so nak tak nak aku terpaksa juga balik malam sehari selepas malam graduan.all of these thanks to Pn Haspah.haishh!!!apepon aku dah berjaya sampai ke rumah and menulis entri ni pakai laptop yang dicharge dalam bilik sendiri dengan perasaan happy yang tak berbelah bagi...

walaupun macam mana pun aku still lagi ingat cakap mak aku.mak aku pernah cakap macam ni kak,ingat untuk ucapkan ALHAMDULILLAH every time selepas sembahyang sebab ALLAH dah bagi macam macam kat kita.DIA bagi kita makan,minum,rezeki,umur and macam macam lagi.ALHAMDULILLAH

p/s: sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang dipinjamkan kepada NABILAH RAMLAN.

Monday, June 20, 2011

oh pak cik snorring!!!

assalamualaikum,

wah dah lama dah aku tak melepak depan laptop untuk menulis blog.asyik asyik bukak laptop sebab nak online facebook jer sampai facebook nak bukak pon da malas da sekarang.hahaha.anyway,location aku sekarang adalah di dalam bilik aku di batu buruk kuala terengganu.oh yeah!! aku dah sampai kat umah da.setelah almost 2 months aku tak balik,finally aku kembali menjejakan kaki di Kuala Terengganu and meninggalkan segala kusut masai di Key El itu.



for your information,aku balik ke Kuala Terengganu pada malam jumaat yang lepas naik bas yang ditaja oleh Sani Express.pergh hebat giler ko Nabilah,Sani Express taja ko balik kampung.hebak ngak mu!!hebat korang cakap? korang ingat aku ni Hana Tajima,Fatin Liyana or Hanis Zalikha nak taja taja bagai.aku naik bas tu beli tiket guna duet sendiri la bai..Sani Express cuma taja bas jer pown.huh...

korang tau tak,at that night for the first time in my life aku tak tido dalam bas tuh.i mean bukan la tak tido langsung,tido jugak cuma tak berjam jam macam selalu.oh ye aku adalah seorang insan yang apabila kereta or bas bergerak,maka mata aku pun ikot bergerak sama untuk menuju ke alam fantasi aka alam mimpi.okeh okeh back to our discussion.kenapa aku tak tido?meh sini aku nak cerita

16 hb,pukul 9.30 malam, bas aku mula bergerak.5 minutes after that aku mula melelapkan mata sebab aku sangat sangat letih sebab aku hanya tidur 3 jam night before the day pastu pagi tuh aku pergi kerja and dibuli baik punya oleh akak akak staffnurse kat 8 TD tu sebab i am the only student yang kerja that day.okey la dah tido baik punya then dekat perhentian Temerloh bas aku berenti sebab driver nak kencing kot.after 10 minutes berhenti aku pun dengan semangat yang tinggi nak menyambung balik tido aku yang terganggu tadi.elok aku nak tutup mata aku dengar satu bunyi dengkurang dengan volume 100% kat belakang aku.pergh ni saper pulak yang tido berdengkur tak hingat dunia nih? tapi disebabkan aku terlalu mengantuk aku pun just ignore la bunyi snorring tuh then tutup mata then try untuk tido balik.tapi disebabkan bunyi snorring tuh terlalu kuat aku tak boley langsung nak tido.



tapi disebakan aku try to think positive aku pun fikir aku tak leyh tido sebab position tak betul kot.then aku try la tukar tukar position.mana la tau nanti aku dapat tido.tukar punya tukar position aku still tak dapet nak tido and bunyi snorring tuh aku rasa macsm makin kuat.adoyai!!! time tuh nak jer aku jerit kat pak cik tuh diam boleh tak? tapi disebabkan rasa segan yang meninggi lam diri aku ni, aku pon diamkan jer la.so aku buat? sambung tido? tak sebab bunyi terlampau bising sampai aku tak boleh nak pejam mata langsung. dengar music? tak jugak sebab earphone aku rosak 2 hari before that and aku terus buang earphone tersebut. so apa yang ko buat weh? aku cuma mampu menahan rasa mengantuk then tengok luar tingkap pastu fikir masa depan and bila la pakcik ni nak berhenti berdengkur??? aku nak tido nih

tunggu punya tunggu bila bas aku berhenti kat Chenor untuk berehat hampir 45 minutes and pak cik snorring tuh kuar untuk minum i guess time tuh la aku amik kesempatan untuk tido.sebab time lain pakcik tuh tido and menghasilkan bunyi snorring yang kuat dan menggangu aku punya tido.punya la lama aku tunggu.dari TEMERLOH  ke CHENOR KOT.sepanjang LEBUHRAYA PANTAI TIMUR (LPT) aku tak tido.sejarah bagi aku.

so daripada pengalaman aku pada hari tuh,aku nak bagi nasihat sikit kepada sesaper yang baca entri nih then tau yang dia snorring please lah do something kalau korang ada masalah dengan snorring.janganlah jadikan orang lain macam aku! susah hidup kami tau tak?

p/s:entri ini hanya dibuat berdasarkan pengalaman aku,so jangan ada sesape yang terasa hati laks,         
     peace no war!

P/s:tahniah to team bola Terengganu sebab menang piala FA!saya bangga jadi anak TERENGGANU!!!