Monday, June 20, 2011

oh pak cik snorring!!!

assalamualaikum,

wah dah lama dah aku tak melepak depan laptop untuk menulis blog.asyik asyik bukak laptop sebab nak online facebook jer sampai facebook nak bukak pon da malas da sekarang.hahaha.anyway,location aku sekarang adalah di dalam bilik aku di batu buruk kuala terengganu.oh yeah!! aku dah sampai kat umah da.setelah almost 2 months aku tak balik,finally aku kembali menjejakan kaki di Kuala Terengganu and meninggalkan segala kusut masai di Key El itu.



for your information,aku balik ke Kuala Terengganu pada malam jumaat yang lepas naik bas yang ditaja oleh Sani Express.pergh hebat giler ko Nabilah,Sani Express taja ko balik kampung.hebak ngak mu!!hebat korang cakap? korang ingat aku ni Hana Tajima,Fatin Liyana or Hanis Zalikha nak taja taja bagai.aku naik bas tu beli tiket guna duet sendiri la bai..Sani Express cuma taja bas jer pown.huh...

korang tau tak,at that night for the first time in my life aku tak tido dalam bas tuh.i mean bukan la tak tido langsung,tido jugak cuma tak berjam jam macam selalu.oh ye aku adalah seorang insan yang apabila kereta or bas bergerak,maka mata aku pun ikot bergerak sama untuk menuju ke alam fantasi aka alam mimpi.okeh okeh back to our discussion.kenapa aku tak tido?meh sini aku nak cerita

16 hb,pukul 9.30 malam, bas aku mula bergerak.5 minutes after that aku mula melelapkan mata sebab aku sangat sangat letih sebab aku hanya tidur 3 jam night before the day pastu pagi tuh aku pergi kerja and dibuli baik punya oleh akak akak staffnurse kat 8 TD tu sebab i am the only student yang kerja that day.okey la dah tido baik punya then dekat perhentian Temerloh bas aku berenti sebab driver nak kencing kot.after 10 minutes berhenti aku pun dengan semangat yang tinggi nak menyambung balik tido aku yang terganggu tadi.elok aku nak tutup mata aku dengar satu bunyi dengkurang dengan volume 100% kat belakang aku.pergh ni saper pulak yang tido berdengkur tak hingat dunia nih? tapi disebabkan aku terlalu mengantuk aku pun just ignore la bunyi snorring tuh then tutup mata then try untuk tido balik.tapi disebabkan bunyi snorring tuh terlalu kuat aku tak boley langsung nak tido.



tapi disebakan aku try to think positive aku pun fikir aku tak leyh tido sebab position tak betul kot.then aku try la tukar tukar position.mana la tau nanti aku dapat tido.tukar punya tukar position aku still tak dapet nak tido and bunyi snorring tuh aku rasa macsm makin kuat.adoyai!!! time tuh nak jer aku jerit kat pak cik tuh diam boleh tak? tapi disebabkan rasa segan yang meninggi lam diri aku ni, aku pon diamkan jer la.so aku buat? sambung tido? tak sebab bunyi terlampau bising sampai aku tak boleh nak pejam mata langsung. dengar music? tak jugak sebab earphone aku rosak 2 hari before that and aku terus buang earphone tersebut. so apa yang ko buat weh? aku cuma mampu menahan rasa mengantuk then tengok luar tingkap pastu fikir masa depan and bila la pakcik ni nak berhenti berdengkur??? aku nak tido nih

tunggu punya tunggu bila bas aku berhenti kat Chenor untuk berehat hampir 45 minutes and pak cik snorring tuh kuar untuk minum i guess time tuh la aku amik kesempatan untuk tido.sebab time lain pakcik tuh tido and menghasilkan bunyi snorring yang kuat dan menggangu aku punya tido.punya la lama aku tunggu.dari TEMERLOH  ke CHENOR KOT.sepanjang LEBUHRAYA PANTAI TIMUR (LPT) aku tak tido.sejarah bagi aku.

so daripada pengalaman aku pada hari tuh,aku nak bagi nasihat sikit kepada sesaper yang baca entri nih then tau yang dia snorring please lah do something kalau korang ada masalah dengan snorring.janganlah jadikan orang lain macam aku! susah hidup kami tau tak?

p/s:entri ini hanya dibuat berdasarkan pengalaman aku,so jangan ada sesape yang terasa hati laks,         
     peace no war!

P/s:tahniah to team bola Terengganu sebab menang piala FA!saya bangga jadi anak TERENGGANU!!!

No comments:

Post a Comment