Tuesday, August 9, 2011

perempuan adalah gedik ???

assalamualaikum

tajuk aku hari ni macam nak kena hentam dengan persatuan perempuan perempuan sedunia kan? haha. anyway aku nak tanya korang, pernah tak korang dengar perkataan gila copong? well gila copong adalah title yang digunakan untuk someone yang teramatlah suka bercakap menggunakan microphone.well, aku pun tak pernah dengar perkataan gila copong tu until time aku orientasi 3 years back time aku orientasi, one of my fasilator told me the meaning of gila copong

 datuk siti nurhaliza bukan gila copong, memang da keja dia pegang microphone

well untuk pengetahuan korang kelas aku adalah dalan bentuk dewan kuliah macam yang korang tengok dalam TV tuh.dan kelas aku tersangat la besar dan penghuninya pun sangat ramai sampai kitaorang terpaksa menambah kerusi di belakang sekali untuk memenuhi keperluan batch aku.oleh sebab kelas terlalu besar dan ramai maka puan puan terpaksa la menggunakan microphone untuk mengajar kitaorang.sebab kalau dia tak guna microphone tuh alamatnya hanya 2 baris di hadapan jer la yang dapat belajar.yang lain buat ape? of course la tido study sendiri.

tapi apabila puan puan keluar dari kelas microphone tuh digunakan oleh certain persons untuk buat announcement and all important things like panggil orang untuk sign kedatangan and all of that.tapi yang aku tak faham kenapa kena ada insan insan yang menggunakan microphone tu dengan tujuan untuk menggedik.masalahnya yang menggedik menggunakan microphone tuh adalah perempuan.yes IT A GIRLS

 heliza helmi ni lemah lembut

aku pun tak faham kenapa perempuan harus menjadi orang yang menggedik or dalam bahasa hati aku adalah mencari populariti.hello!!! korang kan hot and cantik cantik semua kenapa korang perlu mencari populariti dengan menggedik? korang tau tak dengan perangai perangai korang yang camtuh takder la budak laki yang syok kat korang.cuba la korang jadi lemah lembut macam aku fatin liyana ker hanis zalikha ke, heliza helmi ker barulah mereka mereka ni terpikat tengok korang.

aku tak maksudkan budak kelas aku semata mata.aku juga menulis berdasarkan pengalaman aku sepanjang aku keluar window shopping di Mid Valley.perlu ker korang berjalan dengan pakwe korang rapat rapat sampai orang belakang dah tak boleh nampak laluan tengah antara korang.maybe bagi some person itu bukan gedik itu manja,tapi bagi aku itu gedik.kalau ko nak bermanja pun buat la cara lain.kepit kepit camtu manja ker??? euwwwwww (menggunakan cara si kechik ni berposing tangan di dada and mata haruslah di rollingkan ke atas) . haha

tapi aku tau yang bukan semua perempuan gedik camtuh.ada juga perempuan yang sempoi and yes masih lagi exist perempuan yang ala ala perempuan melayu terakhir.as a bukti, kawan kawan aku masih ramai lagi yang sempoi and kool.so bagi aku aku perangai gedik tu bukan la something yang ko langsung tak boleh nak ubah.korang boleh ubah kalau korang nak.so please la.tolong la ubah perangai gedik ko supaya orang tak makin menyampah tengok korang.

p/s: aku adalah microphobia iaitu orang yang phobia dengan microphone.sebab tuh aku jarang pegang microphone (unless terpaksa) dan aku juga jarang berkaraoke disebabkan kephobiaan aku. :)


Monday, August 8, 2011

saya kembali !!!

assalamualaikum

its been a month since i left this lovely *ehem...ehem* blog.well korang tak leh marahkan aku sebab dah lama tak update blog.ni semua salah puan puan yang ada kat kolej aku sebab bagi banyak sangat esemen then exam for 3 weeks in a row.ok fine!!! tu fitnah...aku sebenarnya yang malas nak update blog ni.bukan apa bila aku nak tulis jer mesti aku akan ader masalah thought blocked.hihi... da macam schizo lak aku nih.huahuahua

 yeay!!! kembali ke PPUM *sumpah aku tak happy*

well as korang semua tahu,aku da kembali ke dunia PPUM aku daa...and aku juga ada title baru.bukan lagi sebagai kak ngah tapi dah jadi kak long dah.aku dah ada super junior sori sori sori da.hahaha.saja nak menulis sebab aku nak berlagak especially to juliana tajudin and amalina azmi.huhu.

well dengan result last aku yang erm (malas nak cakap) aku mengheret kaki aku nih kembali balik ke PPUM.and yes setelah penat aku mengangkat barang barang aku yang banyak gila tuh dengan harapan aku akan tukar bilik last last kena stay bilik sama.adoyai.buat penat je aku angkut barang berat berat siap terpaksa suruh abang ipor  angkat kotak naik ke rumah diaorang last last dapat bilik sama gak.kalau aku tau dapat bilik sama sah sah aku tinggal jer novel novel aku yang berlambak tu.


yeay!!! hepi kembali bersama the KD 26 yang paling KOOL!!! *yang ni tak tipu*

and permulaan semester ni agak sedih sikit sebab we lost 2 person from our batch.dua dua boys lak tuh.makin sikit la budak budal laki lam kelas aku.dah la diaorang memamg sejak azali sem 1 memang sikit.huhu.tapi nak buat camner da memang ditetapkan bukan rezeki diaorang dalam bidang nursing ni.

well...untuk pengetahuan korang semester ni aku cuma ada 3 subjek jer yang perlu dipelajari.even hanya 3 subjek tapi ketika study, subjek subjek ini haruslah menjadi seperti aku study untuk 12 subjek.semester ni aku study pasal community health nursing (PKM), psychology (PSY) and also eyes,ears,nose and throat (EENT).eyes,ears,nose and throat tuh adalah satu subjek aje ya kawan kawan.sekarang korang nampak tak kenapa aku kata time study subjek subjek ni akan menjadi berganda ganda dari jumlah yang sebenarnya.nampak tak?!

P/s: azam semester kali nih still sama dengan azam last sem yang tak dapat ditunaikan...azam TAK NAK TIDO DALAM KELAS. tapi first day masuk kelas pun da tido.nak buat macam mana?