Sunday, May 8, 2011

love u mom

assalamualaikum,


as semua orang tahu hari ni 8/5/2011 adalah hari ibu.so dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari ibu buat mi yang berada di hadapan komputer di rumah kita di kuala terengganu.banyak yang kakak nak bagitau kat mi tapi disebabkan malas nak menaip panjang panjang so kakak amik jalan yang mudah lagi selamat dengan merakan video.so enjoy this video


untuk mi ,

Selamat Pengantin Baru

assalamualaikum,


bila saya dah terlalu banyak sangat kerja terlupa pulak bahawa saya belum lagi buat entri about my sister wedding...aishhh... macam mana la aku boleh lupa padahal hari tu adalah one of the history in my life.tapi kan kalau aku nak cerita macam penat jer aku nak menaip semua semua tuh.so apa kata aku hanya upload sahaja picca picca yang ada then aku cerita sikit sikit jer kat korang.bukan apa kakak aku punya wedding nih biasa biasa jer.sama gak  ngan orang lain punya wedding.






so ini adalah pelaminnya...




ketibaan pengantin yang segak and comel... segak and comel ker???




 pengantin and pengapit pengapitnya

 one hepi family...





keluarga en izham iskandar with the pengantin



pengantin with the peace

berapa tahun lagi en azim akan menjadi wali saya??

setakat ni sahaja la saya mengupload picca pada 12/3/2011.sebenarnya ada banyak lagi picca picca tapi disebabkan berukband saya terlalu lambat untuk mengupload picca so saya tangguhkan dulu niat di hati untuk upload lebih banyak picca...

Friday, May 6, 2011

friends is my life

assalamualaikum,


  sebenarnye aku takde niat pun nak menulis entri pada malam yang indah ni.tapi disebabkan aku dah bosan stady walaupun hanya satu slide and sambil sambil menunggu air yang tengah menggelegak untuk dijadikan hot cokelet maka aku pun mengambil keputusan untuk menulis entri ini.sebenarnya aku dah lama niat untuk menulis entri pasal kawan kawan aku nih cuma atas sebab kekangan masa maka aku tidak dapat berbuat demikian (amacam skema tak ayat aku??) hihi.

sama jugak dengan korang korang yang tengah baca entri ni aku pun ada bestfriends.actually aku tak tau apa kriteria untuk menjadikan seseorang tuh as my bestfriend.but to me orang yang aku boleh cerita,duk gelak gelak,biler aku ader prob and aku mesej mereka mereka nih maka mereka pun akan menjawab kenapa.well itu bestfriend to me.so meh sini aku kenalkan antara bestfriends yang aku ada dan juga mereka mereka yang rapat dengan aku

1. JULIANA TAJUDIN


 juliana tajudin or lebih mesra rakyat dipanggil jue ngokngek.jue ni actually jiran tetangga aku tapi entah kenapa kitaorang tak pernah lak berjumpa mahupun beramah mesra kat kawasan perumahan tu.aku first time jumpa die ni time aku form 1.time tu kitaorang duduk sebelah sebelah kot (da lupa la) then kitaorang pun bersembang sembang pasal ko duk mana, aku duduk batu buruk.then after tu baru aku tahu yang kitaorang ni jirang selang beberapa buah rumah.ambik kau duduk tempat yang sama almost 10 years baru jumpa masa form 1.for me jue ni seorang yang gila gila tapi i guess dia ni seorang kawan yang sangat ambil berat about her friend.and she is a good listener.aritu aku pernah marah dengan kawan kawan aku kat PPUM ni,pastu tanpa fikir panjang aku terus call jue ni sambil nangis nangis.tapi time tuh die tak cakap ape ape pun.she just listen apa yang aku duk membebel kat die.after call tuh aku betul betul realise yang dia ni memang kawan yang the best among the best.memang susah la nak dapat kawan macam dia ni

2. AMALINA AZMI


 amalina azmi aka ama.ama kawan yang aku kenal time kitaorang classmates time form 3.my first impression to her adalah apa garang benor minah ni.dia memang garang.seyesly (dengan muka serious aku tulis) tapi she is a fun girl.bila ko duk melepak dengan dia ko akan rasa hilang semua masalah ko.walaupun when you sit with her all your probs akan ilang just like that ( sambil petik jari) tapi ama ni seorang yang sangat sangat complex.aku pun tak tau kenapa die ni selalu ada masalah.sampai kadang kadang die pun tak tahu apa masalah dia.punya la complex anak dara sorang ni.tapi secomplex mana pun dia ni kalau aku balik teganu aku sure akan pergi jumpa dia and jue sebab kitaorang akan having fun together.macam yang aku cakap tadi ama ni seorang yang enjoy untuk didampingi.plus dia ada abang yang sangat hensem.

okeh berenti sekejap untuk buat hot cokelet.sementara tuh, aku kasik korang tengok zaman muda aku













after 5 minutes,yea kita masih lagi dalam segment kenali rakan rakan nabilah.actually ramai lagi kawan kawan yang rapat dengan aku. such as wan safirah hakimah, dalilah dahlan, ainun syakirah, fadhilah amirah, fatimah munirah, amirul shafik, and ramai lagi la tapi still jue and ama are the person when aku balik ke teganu aku wajib untuk berjumpa mereka.owh aku sungguh sungguh sayang kawan kawan aku.geli tak ayat aku?

tapi after aku belajar di PPUM aku start kenal kawan kawan luar dari teganu.yelah selama ni aku duk teganu kawan kawan aku pun orang teganu so aku tak pernah la ada kawan luar dari teganu.so disini la aku kenal kawan kawan aku yang dari perak, selangor, melaka and banyak lagi la.penat pulak aku nak menaip semua nama negeri kat malaysia.so this is some of my friends at PPUM ni

1. AISHAH BAHARUDIN


 aishah atau nama panggilan yang dok panggil dia adalah ecah.ecah ni adalah orang pertama yang aku kenal kat PPUM.mula mula aku ingat dia ni seorang yang sangat lemah lembut sebab muka dia macam muka orang yang lemah lembut la.tapi bila aku kenal dia aku rasa dia ni kepala sama mereng dengan aku.so atas sebab tahap kemerengan kitaorang hampir sama so aku pun ajak dia jadi rumate aku.actually time kitaorang jadi rumate banyak kali jugak la kitaorang bermasam muka atas sebab sebab yang tidak dapat aku ingati (nampok sangat banyak gadoh kitaorang nih).tapi walaupun kitaorang selalu gaduh tapi kitaorang jugak senang berbaik.selama almost 19 tahun aku hidup aku tak pernah duduk sebilik dengan anyone.even dengan adik beradik aku pun tak pernah.so ecah adalah orang pertama yang bergelar MY ROOMATE.so maybe disebabkan itulah kitaorang selalu gadoh gadoh.atas sebab sebab aku-rasa-better-aku-duduk-dengan-orang-lain-sebab kita-selalu-gaduh maka kami pun bertukar rumate.so setelah hampir setahun aku duduk sebilik dengan dia and tidur sebelah dia so kami pun bertukar partner untuk tidur bersama sama.tapi kitaorang still baik to each other.maybe kitaorang tak ditakdirkan untuk jadi rumate forever tapi i hope kitaorang can be friend forever.oh lupa aku nak cakap.ecah ni sebenarnya aku dah anggap macam kakak aku sebab dia lagi tua dari aku and still she is a very nice person.

2. NORZAZIEYATUL AQIMIE


 macam susah jer nak sebut nama dia kan so untuk tu panggil sahaja dia qimie.qimie is a very simple girl.dia kurang bercakap and banyak mendengar.maybe dia berkelakuan sedemikian sebab aku yang banyak conquer bab bab cakap ni.dia boleh dikategorikan sebagai one of my best friend.sekarang dah selamat menjadi rumate aku.si qimie ni asal dari temerloh and dia ni ada semua ciri ciri untuk dijadikan bini orang.kenapa? sebab dia ni pandai masak and jahit.pernah sekali beg aku terputus tali dia la orang yang bertanggungjawab untuk menjahit kembali beg aku tuh.dia jugak yang ajar aku even ko sebilik dengan best friend ko tak semestinya bilik ko tak porak peranda.

3. ASHIDA HAMIDON


 shida ni anak orang jawa.semangat orang orang jawa memang tersemat kemas kat diri dia nih.so sesiapa yang ada darah jawa boleh la kawan dengan dia ni.shida seorang pencerita.kalau korang dengar cerita cerita dia for sure korang akan rasa korang yang in that situation.seorang yang sangat banyak cakap and seorang yang sangat ambil berat pasal kawan kawan including me.terharu kot aku dapat kawan yang macam ni.

4.ATHIRA KAMARUZAMAN


 tiera si gadis yang sangat tinggi.memang dia tinggi sebab everytime aku nak cakap dengan dia mesti aku akan mendongakkan kepala.tapi tiera cakap sebab aku yang terlalu rendah.iye ke? 150 cm rendah erk?.okeh back to topic.tiera ni even dia tinggi and tough tapi dia seorang yang suka senyum.atau dengan bahasa lain seorang yang hepi go lucky.dia juga seorang yang sangat sensitive.apa yang aku suka sangat kat dia adalah sikap ambil berat dia to all her friends.bagi aku pulak everytime aku duduk or berdiri sebelah dia aku akan rasa secure.macam ada abang yang jaga aku.hebat tak aura si tiera ni? sebab tu dia dinamakan tiera hebat

5. NADZIERA SYAZLIEN


 pemilik nama penuh siti nadziera syazlien binti sheikh roslan (panjang sungguh nama dia ni) .agak pendiam.mula mula kenal die pikir dia ni memang tak cakap ngan orang ke? die ni adalah lovely rumate to shida.so bilik dia agak balance la.sorang banyak cakap sorang pendiam.antara banyak banyak kawan aku dia ni antara yang tua la sebab dia lahir bulan 1.tak banyak kawan aku yang lahir awal.tapi maybe sebab tuh kot dia ni agak matured daripada orang lain.apa yang aku boleh cakap dia ni seorang yang kool.owh lupa nak habaq nama dia yang panjang panjang tuk kitaorang simpan  dalam arkib jer sebab kitaorang panggil dia ziera

itu la sedikit sebanyak ceritera cerita pasal kawan kawan aku.tak semua la sebab kalau aku nak tulis semua memang tak tido la aku duk menaip entri ni.korang pun mesti tersenguk senguk duk baca entri ni.betoi dop? anyway even macam mana pun perangai kawan kawan aku aku still rasa diaorang give me some colour to my life.sebab mereka mereka inilah hidup aku jadi macam rainbow sebab terlalu banyak kaler yang ada.tapi aku hepi with my rainbow and aku harap akan ada banyak lagi kaler kaler baru yang akan masuk dalam rainbow aku nih.


p/s:saya ada sorang lagi kawan iaitu cik hana.kena sebut nama dia sebab dia antara orang yang bagi banyak sumbangan dalam hidup aku sepanjang aku duduk kat PPUM...:) .dia ni cantik and sudah berpunya okeh...

p/s : saya sayang semua kawan kawan saya and for that saya hadiahkan korang semua encik bruno mars untuk nyanyikan lagu tema untuk kawan kawan saya ikhlas dari saya si Nabilah Ramlan